News..
Tuesday, November 17, 2009
17 Nov 2009
SINGAPURA
HILANG DI LAUT
Ibu kerap nasihati anak usah ke laut
Oleh
Nurul Dayana Simangoon
SETIAP kali anak remajanya pergi ke laut untuk bermain papan luncur, Cik Hakimah Abdul Latiff meleterinya kerana bimbang akan keselamatannya.
Namun, Muhammad Nazim Ismail, 18 tahun, tidak ambil pusing kerana terlalu gemar kegiatan sukan air itu.
Lewat petang kelmarin, bekas pelajar Sekolah Northlight itu hilang setelah dikatakan cuba mengejar bola 'misteri' di pantai East Coast, dekat restoran McDonald's.
Sehingga akhbar ini dicetak malam tadi, beliau belum ditemui.
Usaha mencari oleh sekitar 30 anggota Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) dari 6.32 petang hingga 3 pagi semalam tidak membuahkan hasil.
Pasukan penyelam angkatan laut dan polis menyambung usaha itu pada 12.40 petang semalam tetapi menghentikannya sekitar empat jam kemudian.
Nazim dikatakan sedang bermain luncur bersama rakan karib yang juga jirannya, Muhammad Raihan Nin-Abar, sekitar 6.15 petang apabila beliau ternampak bola berwarna putih terapungapung di laut dekat batu penahan ombak.
Beliau dikatakan cuba mendapatkan bola yang dipukul ombak kuat itu dan berenang hingga ke tengah laut, kurang 20 meter dari pantai.
Nazim, yang dikatakan pandai berenang, cuba berpatah balik tetapi menghadapi masalah akibat ombak kuat.
Raihan, juga 18 tahun, yang sedang menjaga papan luncur mereka, lalu lari untuk menyelamatkan Nazim, yang tenggelam timbul, tetapi terlambat kerana beliau telah ditelan ombak.
Nazim, yang tinggal di Bedok Reservoir, pergi ke pantai itu bersama keluarga Raihan. Apabila cuaca mendung sekitar 6.10 petang, mereka berehat di McDonald's namun Nazim dan Raihan terus berada di laut kerana masih mahu bermain luncur.
Cik Hakimah, 42 tahun, berkata anak keduanya daripada tiga adik-beradik itu, yang mesra dengan panggilan 'Sakai', mungkin terlalu penat kerana tidak tidur sejak beberapa hari lalu garagara keluar bersama kawan.
Dengan suara terputus-putus beliau berkata;
'Sudah berkali-kali saya melarang Nazim bermain luncur di laut kerana takut dia diapa-apakan, tapi apa boleh buat anak saya dah besar. Dah 18 tahun. Saya tak boleh menghalangnya.
'Lagipun, kali ini dia keluar dengan jirannya yang telah dianggap sebagai keluarga angkat, bukan dengan budak jahat. Entah dari mana pula asalnya bola yang dikejar itu.
'Mungkin ajalnya sudah tiba, saya pasrah atas apa yang berlaku.'
Nazim sedang menunggu untuk dipanggil menjalani Perkhidmatan Negara (NS) Mac depan.
Raihan, yang kelihatan masih trauma, berkata: 'Saya masih menyalahkan diri saya kerana jika saya menolak ajakannya untuk membeli papan lungsur pagi semalam mungkin perkara ini tidak akan terjadi.'
May he rest in peace. This news actually widened my eyes. He's someone i knew. Not much but talked to him before. Lepak together before. He live near my hse area and he's my cousin's chilhood friend. Sadly he left at such a young age. I know him as 'sakai'. Lets us all pray for the best for his soul.
| 10:50 AM |